Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Penempatan Taman Cendana mula di duduki pada pertengahan tahun 1997. Ia merupakan Program Perumahan Rakyat, perumahan kos rendah dan penempatan asrama Pekerja yang berkonsepkan rumah pangsa 5 tingkat. Terdapat 49 buah blok yang terdiri dari 50 hingga 80 buah unit rumah pada setiap blok.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017


PROGRAM JOM KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 20 Mei 2017

Membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet... baca selanjutnya

Program Keselamatan Internet(Klik Dengan Bijak) & Kesedaran Antidadah

Aktiviti Terkini | 28 April 2017

Para pelajar kini terdedah dengan penggunaan internet sehingga ibu bapa dan guru tidak mampu mengawal pergerakan pelajar. Penyalahgunaan internet mampu menimbulkan pelbagai Program ini adalah salah satu langkah untuk mendidik para pelajar bagi menggunakan internet dengan bijak... baca selanjutnya

Sukan Rakyat Muafakat Komuniti Zon Cendana Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Johor

Aktiviti Terkini | 23 Mac 2017

Aktiviti ini bertujuan menyambut hari Keputeraan Sultan Johor, mengeratkan hubungan antara penduduk Taman Cendana dengan bersukan dan... baca selanjutnya

Pertandingan Menyusun Puzzle

Aktiviti Terkini | 18 Februari 2017

Aktiviti ini bertujuan untuk meraikan Kanak-kanak penduduk Taman Cendana... baca selanjutnya

KELAS ICT SEPANJANG TAHUN

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Di PI1M Taman Cendana ada menyediakan kelas latihan komputer (ICT) secara PERCUMA kepada semua ahli. Tujuan kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kadar penggunaan internet di kalangan masyarakat khususnya masyarakat luar bandar. Program ini juga diharapkan dapat menarik minat komuniti setempat untuk mengikuti sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Taman Cendana seperti kelas komputer dan sebagainya.

Latihan Usahawan PERCUMA !!

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang Ramai Boleh Menghubungi PI1M Berdekatan Bagi Mendapatkan Maklumat Lanjut Dan Urusan Pendaftaran Latihan. baca selanjutnya